Thursday, August 6, 2009

PELANCARAN FFM KE-22 MERIAH



Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Sabah di ONE BORNEO.

Semalam saya dan rakan telah diarah untuk membuat satu rakaman video untuk tayangan di stesen TV3. Malam pelancaran itu juga diselitkan dengan penyampaian beberapa anugerah antaranya video dokumentari terbaik. Rakan saya, En.Shanon telah mewakili primeworks (TV3) untuk menghadiri majlis tersebut. Dokumentari beliau 'GAZA' ini tercalon antara empat video terbaik. Walaubagaimanapun, video ini tidak memenangi anugerah.
Selepas sahaja majlis pelancaran tu, kami keluar cari tempat untuk bersembang. Banyak yang kami dapat kongsi tentang dunia filem dan dokumentari. beliau juga mencadangkan kepada saya untuk menyediakan apa-apa sahaja bahan-bahan menarik untuk dipaparkan di majalah3. Video liputan pada malam tu saya belum dapat tayangkan disini. Tape masih diguna oleh rakan baik saya di Bernama untuk tujuan berita di Bernama TV. Insyallah, d malam kemuncak FFM saya akan menghadiri dan akan buat rakam video dan foto. saya dan rakan sudah mendapatkan pas masuk ke dewan kemuncak FFM.

Tuesday, August 4, 2009

FESTIVAL GATA 2009



Hujung minggu lalu. kami sibuk buat liputan penuh Festival ni. Tiga hari tiga malam. Pelbagai acara diadakan,Dan banyak juga shoting yg perlu d buat. Insyallah, sekitar minggu depan, kami boleh sudah memaparkan video tersebut di laman blog ini. Proses editing perlu ambil masa yang lama. Terutama sekali, tidak akan ada part2 yang tercicir. Terima kasih saudara Dzul Kassim yg mengatur untuk kami berada di sana.

Sunday, August 2, 2009

FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-22



Selamat datang kepada semua pengiat film d Malaysia ke Negeri d Bawah Bayu. Berlangsungnya acara ini di Sabah akan dapat meningkatkan kecintaan rakyat dinegeri ini kepada karya filem tempatan. Sekiranya sesiapa mempunyainya masa bolehlah mengikuti beberapa program yang bakal dianjurkan.

http://www.sinemamalaysia.com.my