Tuesday, December 30, 2008

Rehat........






Lama tidak update blog ni. sebenarnya saya balik kg isteri di Puhus Tamparuli. Sebelah malam ada sambutan hari keluarga. Ramai, kecoh n yg penting dapat berkumpul. Kira happy juga, lama tidak balik. rasa kepala pun tidak berat lagi. banyak sangat keja pun susah, teda keja pun susah. Tapi, kita perlu juga kasi rehat-rehat kan diri. Perlu ada masa dgn family.
Kalau minat dgn sesuatu, kemana saja pun pergi, akan buat juga. Disini, ada beberapa pic yg sempat saya take. Banyak lagi pic boleh dimasukkan, tapi bz sgt edit pic wedding yg belum setel-setel.enjoy....

Wednesday, December 24, 2008

Rekaletak photobook story majlis perkahwinan Rafidin & Saluah


Buku ini beraiz A3 dan di cetak diatas kertas foto. Kulit depan dicetak di atas kertas foto dan di laminating. Buku ini sedia di terima oleh pengantin sekitar dua minggu lagi.

Tuesday, December 23, 2008

AKAN DIBUKA 'RENJIS CAMERAWORKS' JANUARI 2009


Galleri RENJIS CAMERAWORKS akan dibuka awal Januari 2009. Di Shotlens Mutlimedia Production, kerja-kerja penggambaran perkahwinan merupakan salah satu perkhidmatan yang kami sediakan. Bagi memantapkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan lebih menjurus, perkhidmatan penggambaran perkahwinan ini akan kami pisahkan dari kerja-kerja harian lain di SMP. Oleh itu, tercetuslah idea untuk menubuhkan RENJIS CAMERAWORKS yang akan memberi perkhidmatan yang khusus sahaja kepada majlis-majlis perkahwinan. Kalau selama ini kami berurusan untuk bertemu pelanggan ditempat-tempat lain yang dipersetujui, namun sekarang pelanggan hanya perlu datang ke galleri kami yang terletak di:

Block J., No. 6, 1st Floor, Jalan Tun Razak,
Segama Complex,
88000 Kota Kinabalu, Sabah

Di geleri ini, pelanggan bolehlah melihat sendiri contoh-contoh video dan photobook story perkahwinan yang pernah kami buat. Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya, para pelanggan dapat datang dan mengunjungi galleri kami.
Selain itu, peminat-peminat fotografi dan videografi perkahwinan juga dijemput mengunjung galleri kami untuk tujuan bertukar-tukar idea untuk memperbaiki mutu perkhidmatan penggambaran perkahwinan di negara kita. sekian.

Monday, December 22, 2008

Ucapan Takziah

Semoga dicucuri rahmat dari ALLAH S.W.T. Semalam,isteri rakan baik saya, saudara Ahmad Leong telah kembali kerahmatallah. Saya dan rakan-rakan perjuangan di Shotlens Multimedia Production mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Ahmad.
Mengimbas kembali. Saudara Ahmad Leong merupakan salah seorang perintis saya untuk menceburi bidang videografi dan fotografi sejak tahun 1998. Banyak pengalaman dan tunjuk ajar saya perolehi dari beliau. Saudara Ahmad sebenarnya mempunyai pendidikan di USA dalam bidang Filming and Photo. Sekembalinya ke Malaysia, beliau telah membuka studio penyuntingan video dan foto.

Edit Gambar menggunakan Adobe Photoshop secara online


Rasa-rasanya ramai yang belum dapat menggunakan perisian Adobe Photoshop? Masa menggubah segalanya.Kini anda tidak perlu risau kerana satu laman website yg dikenali Sumo telah membangunkan perisian ‘clone photoshop’ secara online! anda boleh menggunakan perisian ini pada bila-bila masa sahaja. Cubalah...

Laman web SUMO - http://www.sumo.fi/products/sumopaint/index.php?id=0

Sunday, December 14, 2008

Part 2 (Majlis Perkahwinan di Suasa)




Balik dari shooting, saya sempat mengedit beberapa keping pic yg menarik. Terima kasih kepada pasangan pengantin yang bersedia memberi kerjasama yang erat kepada kru kami untuk mendapatkan pose yang cun. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada abag pengantin, DJ Ras yang sudi menjemput kami untuk membuat penggambaran perkahwinan ini. Thanks a lots....

Friday, December 12, 2008

SABAH WORLD CUP POWERBOAT RACE 2008




Awal pagi tadi, saya bersama rakan jurugambar saya, Jhoney membuat penggambaran singkat di perairan kota kinabalu. Ni ari hanya testing race. Isuk baru pertandingan yang betul punya. Sikita ja gambar yang boleh di paparkan disini. Petang ni, kami turun lagi ke Beaufort, sambung penggambaran perkahwinan.

Majlis Perkahwinan D Suasa, Beaufort








Majlis perkahwinan adik perempuan DJ Ras bermula kelmarin dengan majlis akad nikah pada jam 4 petang. Pada hari ini, sebelah malam pula akan diadakan majlis berinai. Esok merupakan hari kemuncak majlis persandingan. Esok akan saya uploadkan lagi beberapa pic tentang majlis ini. Bz sangat ni ari, buat sho0ting Power Boat World CUP di perairan Kota Kinabalu tadi.  

Majlis Perkahwinan Rafidin Hj. Muslihin & Siti Salwa Tuah






Wednesday, December 10, 2008

Mesin Penyunting foto & Video


Komputer IMac ni baru sahaja saya beli untuk menstabilkan setiap tugasan mengedit foto dan video. Dengan adanya perisian Ilive memudahkan  kerja-kerja teknikal. Demi untuk mendapatkan kualiti kerja terbaik, saya bersedia melaburkan wang ringgit yang lebih untuk itu.
Komputer ini berharga RM4600.00. Manakalaperbelanjaan pembelian Software mengedit Foto bernilai RM3600 (Adobe CS 2) dan mengedit Video RM4800 (Final Cut Studio Pro).

PROMOSI PAKEJ 2009

kerja fotografi di Beaufort

Sekitar minggu hadapan akan saya paparkan salah satu kerja penggambaran perkahwinan yang telah berlangsung dua minggu yang lalu. Majlis berlangsung di dewan Pekan Beaufort. Cerita seterusnya mengenai perkahwinan ini akan saya postkan sekali dengan gambar-gambarnya. Manakala pada hujung minggu ini pula saya bersedia dengan salah seorang rakan jurugambar saya untuk membuat penggambaran penuh perkahwinan adik rakan baik saya iaitu DJ Ras, Penyampai Radio Sabah FM.

Majlis Perkahwinan Nor Jihan Binti Datuk Hj. Sapawi & Mohd. Ibrahim Bin Mohd. Nasir


Gambar ini dipotretkan oleh Saudara Dzul Kassim. Majlis berlangsung di kediaman rasmi Y.B. Datuk Sapawi di kg. ketiau Putatan Sabah. Pada hari kemuncak, ramai orang-orang kenamaan seperti TYT Negeri, ketua polis negara, Menteri Penerangan, Menteri Pendidikan, Ketua Menteri Sabah dan lain-lain datang menghadiri majlis persandingan ini.

Anak Pertama (Nudzul Farizh Ramadhan)


Farizh ni baru berusia 2 bulan setengah. Gambar ni saya ambil ketika dia baru bangun tidur. Gambar ni sengaja saya masukkan untuk tambah variasi blog ini. Just untuk rileks.....

Majlis Perkahwinan NORSYDAH JEFFREY & AZAHARI ABU BAKAR

Salam Pembukaan

Salam,
Sudah sekian lama tidak mengupdate gambar-gambar didalam laman web, inilah kali pertama saya meletakkan gambar-gambar perkahwinan kedalam blog. Sebelum ini saya banyak mengunakan fotopages untuk tujuan photo sharing. Apa yang saya harapkan, blog ini dapat kita sama-sama berkongsi gambar-gambar yang telah saya ambil dan berkongsi pendapat yang pasti akan membina jatidiri saya untuk terus kehadapan sebagai jurugambar perkahwinan.
Sekian,
selamat melayari blog ini