Tuesday, December 23, 2008

AKAN DIBUKA 'RENJIS CAMERAWORKS' JANUARI 2009


Galleri RENJIS CAMERAWORKS akan dibuka awal Januari 2009. Di Shotlens Mutlimedia Production, kerja-kerja penggambaran perkahwinan merupakan salah satu perkhidmatan yang kami sediakan. Bagi memantapkan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan lebih menjurus, perkhidmatan penggambaran perkahwinan ini akan kami pisahkan dari kerja-kerja harian lain di SMP. Oleh itu, tercetuslah idea untuk menubuhkan RENJIS CAMERAWORKS yang akan memberi perkhidmatan yang khusus sahaja kepada majlis-majlis perkahwinan. Kalau selama ini kami berurusan untuk bertemu pelanggan ditempat-tempat lain yang dipersetujui, namun sekarang pelanggan hanya perlu datang ke galleri kami yang terletak di:

Block J., No. 6, 1st Floor, Jalan Tun Razak,
Segama Complex,
88000 Kota Kinabalu, Sabah

Di geleri ini, pelanggan bolehlah melihat sendiri contoh-contoh video dan photobook story perkahwinan yang pernah kami buat. Oleh itu, besarlah harapan kami sekiranya, para pelanggan dapat datang dan mengunjungi galleri kami.
Selain itu, peminat-peminat fotografi dan videografi perkahwinan juga dijemput mengunjung galleri kami untuk tujuan bertukar-tukar idea untuk memperbaiki mutu perkhidmatan penggambaran perkahwinan di negara kita. sekian.

1 comment:

  1. jami, nanti aku jalan2 p tgk galeri kamu tu. mana tau ada barang siuk

    ReplyDelete