Thursday, December 3, 2009

Bengkel fotografi Pulau Tiga 2009




Selama seminggu bermula 30 Nov-6 Dis saya berada di Pulau Tiga. Bengkel fotografi. Pelbagai teknik digunakan. Peserta 20 orang. Pada hari esok, saya akan membuat fotografi underwater dan group lain dikehendaki menggambar fauna daratan.

Thursday, November 5, 2009

Update yang terlalu lama






Maaf,
sudah terlalu lama tdk update blog ni.actually saya terlalu bz d luar.sejak beberapa minggu ini saya pi seminar dan berkrusus.2 weel lalu saya ada mengikuti Open Water Dive di Borneo Divers. Sesi latihan dan praktikal diadakan d sekitar pulau Mamutik, Kota Kinabalu.banyak yang kami be;lajar tentang keselamatan menyelam. last day berpraktikal, kami menyelam sekitar 18 meter dan mengelilingi kawasan terumbu karang. Next course, saya akan mengikuti latihan fotografi dalam air lagi.So,sepa-sepa yang mahu minta shot dlm air,tunggu ja.sedikit pic.

Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARIJADI YANG KE-1



Semalam, anak sulung saya, Nudzul Farizh Ramdhan, menyambut hari kelahiran yang pertama. Tiada sambutan besar-besaran diadakan. Setakat orang dlm rumah ja. apapun, saya sekeluarga rasa bersyukur kepada Allah S.W.T kerna memberikan kami kesihatan,kebahagiaan yang baik.Gambar, diatas diambil menggunakan Nokia E71, so kureng sikit la berbanding DSLR.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009


selamat menyambut hari raya aidilfitri. Di kesempatan ini saya dan rakan-rakan crew videografi dan fotografi memohon kemaafaan zahir dan batin. Terutama sekali kepada pelanggan-pelanggan kami. wasalam.

Thursday, August 6, 2009

PELANCARAN FFM KE-22 MERIAH



Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Menteri Pelancongan Sabah di ONE BORNEO.

Semalam saya dan rakan telah diarah untuk membuat satu rakaman video untuk tayangan di stesen TV3. Malam pelancaran itu juga diselitkan dengan penyampaian beberapa anugerah antaranya video dokumentari terbaik. Rakan saya, En.Shanon telah mewakili primeworks (TV3) untuk menghadiri majlis tersebut. Dokumentari beliau 'GAZA' ini tercalon antara empat video terbaik. Walaubagaimanapun, video ini tidak memenangi anugerah.
Selepas sahaja majlis pelancaran tu, kami keluar cari tempat untuk bersembang. Banyak yang kami dapat kongsi tentang dunia filem dan dokumentari. beliau juga mencadangkan kepada saya untuk menyediakan apa-apa sahaja bahan-bahan menarik untuk dipaparkan di majalah3. Video liputan pada malam tu saya belum dapat tayangkan disini. Tape masih diguna oleh rakan baik saya di Bernama untuk tujuan berita di Bernama TV. Insyallah, d malam kemuncak FFM saya akan menghadiri dan akan buat rakam video dan foto. saya dan rakan sudah mendapatkan pas masuk ke dewan kemuncak FFM.

Tuesday, August 4, 2009

FESTIVAL GATA 2009



Hujung minggu lalu. kami sibuk buat liputan penuh Festival ni. Tiga hari tiga malam. Pelbagai acara diadakan,Dan banyak juga shoting yg perlu d buat. Insyallah, sekitar minggu depan, kami boleh sudah memaparkan video tersebut di laman blog ini. Proses editing perlu ambil masa yang lama. Terutama sekali, tidak akan ada part2 yang tercicir. Terima kasih saudara Dzul Kassim yg mengatur untuk kami berada di sana.