Sunday, March 29, 2009

GELAP

Terima kasih kepada semua orang yang terlibat menyertai kempen Earth Hour 2009. Pada saat tu, keliling rumah tempat saya tinggal pun tidak ketinggalan menyertai kempen ini. Wife saya time tu tengah cuci pinggan terpaksa bergelap demi menunaikan tanggungjawab. Sebenarnya tiada sesiapa pun beri anugerah/hadiah kita pada masa tu sekiranya kita bergelap.
Alhamdulillah, tiada pula akhbar melaporkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada masa tu. Sedar tak sedar, media massa memainkan peranan penting didalam menyampaikan maklumat dengan cepat. Salam berjumpa lagi Earth Hour 2010.


Wednesday, March 25, 2009

KEMPEN "EARTH HOUR 2009"

Mari kita sama-sama menjayakan kempen ini. Satu dunia pun ikut. Kalau dirumah tutup lampu jangan pula sampai lupa dengan kawan-kawan yang tidak dijemput memasuki rumah kita. (pencuri).apapun selamat berkempen.....

Tuesday, March 24, 2009

CLICK COUTURE SHOWCASE PUTRAJAYA 2009


Kalau sesiapa yang mempunyai masa dan peruntukan boleh lah datang. Salah satu penganjur tu saya kenali dan selalu mengikuti perkembangan. Saya sendiri pernah mengikuti seminar anjuran mereka. mereka memang profesional fotografi di Malaysia.

Bahan diambil dari laman web fototecher.com

Monday, March 23, 2009

Fotografi kebudayaan Beaufort






Ini adalah Peluang untuk anda menguji daya kreativiti didalam seni fotografi. Bagi yang berminat saya lampirkan link ke rakan saya untuk keterangan lanjut. http://erdiewahid.blogspot.com/.Pic diatas merupakan foto yang saya ambil 2 tahun yang lalu sempena Festival Kulintangan dan Kebudayaan Beaufort.

Wednesday, February 18, 2009

Rehat




Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang merehat-rehatkan minda di satu tempat rekreasi yang menarik di pinggir bandaraya kota kinabalu. Bawa isteri and baby Fariz sekali. banyak aktiviti boleh dibuat disini. Boleh mandi-manda, berjoging, makan-makan dekat tasik dan banyak lagi la. Tapi kami, jalan-jalan ja sambil bergambar-gambar. kalau u all ada masa lapang, boleh la datang ke sini. Taman Tun Fuad. dekat jak dengan kawasan saya tinggal.

Thursday, February 5, 2009

Video Perkahwinan & corporate

Terdapat beberapa buah video majlis perkahwinan yang telah disunting akan dimasukkan. Nantikan. Pada masa ini, saya masih bz menyiapkan satu video corporate tentang Renjis Cameraworks. Video ini mengambil beberapa clip dari video-video perkahwinan lain yang akan disatukan menjadi 5 minit paparan.
Mungkin ramai juga yang masih tidak tahu tentang kepentingan video-video korporat didalam memudahkan kerja dan meningkatkan sistem pemasaran yang lebih baik. Sekiranya kita ingin memaparkan video contoh kepada pelanggan, kita tidak perlu mengeluarkan semua video-video yang pernah kita buat untuk ditayangkan. memadailah video profail yang hanya mengambil masa lima minit paparan. Yang penting, apa yang ingin kita sampaikan mestilah jelas, tersusun, kreatif dan tidak membosankan. Penyampaian didalam 5 minit lebih baik sekiranya kita tahu menggunakan dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, video yang terlalu panjang kurang memberi kesan yang mendalam sekiranya video terlalu statik dan merimaskan.

Wednesday, January 28, 2009

Kenapa jurugambar perlu dibayar?

Ramai orang mempertikaikan kenapa jurugambar-jurugambar tertentu mengenakan bayaran lebih. Tetapi tidak ramai yang tahu kenapa dia perlu bayar lebih. Disini, saya ada sedikit maklumat tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar.

1. Kemahiran jurugambar
Seseorang jurugambar perlulah ada daya kreativiti yang tinggi, berkomunikasi yang baik, teknik penggambaran yang sempurna dan berkualiti. Ini bermakna, kemahiran ini mestilah dilalui dengan banyaknya pengalaman, pengetahuan dan latihan. Demi untuk itu, tidak hairanlah kalau ada jurugambar sanggup berhabis wang ringgit untuk meningkatkan diri mereka dengan kemahiran. Kesimpulannya, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar, maka semakin tinggi nilai bayarnnya.

2. Masa perkhidmatan diluangkan
Seorang jurugambar professional adalah orang yang mendapat bayaran dari perkhidmatannya. Bermakna, apabila kita memerlukan perkhidmatannya, kita telah menggunakkan masanya. Baginya, setiap masa amat bermakna dan dia perlu korbankan masanya hanya untuk menjana pendapatannya.

3. kos peralatan
Gambar yang baik dan berkualiti juga dipengaruhi sedikit sebanyak dari peralatan kamera. Kamera yang sangat-sangat berkualti tinggi bernilai ribuaan ringgit.Selain itu, kos penyelenggaran juga perlu diambil kira. Oleh itu, apabila seseorang memerlukan perkhidmatan dari seseorang jurugambar professional, dia sebenarnya bukan sahaja membayar upah masa bekerjanya tetapi juga perlu membayar kos sewa peralatan.

4. kos material
kos material adalah kos yang terdiri dari kos pengangkutan, kos percetakan album, bil telefon, promosi, pengurusan dan sebagainya. Selain dari bayaran kos perkhidmatan, kos-kos material juga perlu diambil kira.

5. perkhidmatan selepas rakaman
Selesai sahaja kerja-kerja penggambaran dilokasi, jurugambar akan pulang untuk menyunting gambar-gambar tersebut. Dia perlu memilih gambar-gambar terbaik sahaja untuk memperbaiki kecerahan gambar, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebaginya. Setelah selesai, jurugambar perlu mencetak untuk memastikan kualitinya adalah baik. Selepas itu, jurugambar akan memilih semula gambar yang benar-benar berkualti. Gambar yang kurang baik akan dicetak semula sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Setelah kita mengetahui beberapa perkara diatas, kita tidak perlu mempertikaikan tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar. Kita perlu memahami dan menghargai peranan seseorang jurugambar. Yang pasti, seseorang jurugambar telah merakamkan detik-detik penting kita yang akan kita tatapi seumur hidup.