Wednesday, January 28, 2009

Kenapa jurugambar perlu dibayar?

Ramai orang mempertikaikan kenapa jurugambar-jurugambar tertentu mengenakan bayaran lebih. Tetapi tidak ramai yang tahu kenapa dia perlu bayar lebih. Disini, saya ada sedikit maklumat tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar.

1. Kemahiran jurugambar
Seseorang jurugambar perlulah ada daya kreativiti yang tinggi, berkomunikasi yang baik, teknik penggambaran yang sempurna dan berkualiti. Ini bermakna, kemahiran ini mestilah dilalui dengan banyaknya pengalaman, pengetahuan dan latihan. Demi untuk itu, tidak hairanlah kalau ada jurugambar sanggup berhabis wang ringgit untuk meningkatkan diri mereka dengan kemahiran. Kesimpulannya, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar, maka semakin tinggi nilai bayarnnya.

2. Masa perkhidmatan diluangkan
Seorang jurugambar professional adalah orang yang mendapat bayaran dari perkhidmatannya. Bermakna, apabila kita memerlukan perkhidmatannya, kita telah menggunakkan masanya. Baginya, setiap masa amat bermakna dan dia perlu korbankan masanya hanya untuk menjana pendapatannya.

3. kos peralatan
Gambar yang baik dan berkualiti juga dipengaruhi sedikit sebanyak dari peralatan kamera. Kamera yang sangat-sangat berkualti tinggi bernilai ribuaan ringgit.Selain itu, kos penyelenggaran juga perlu diambil kira. Oleh itu, apabila seseorang memerlukan perkhidmatan dari seseorang jurugambar professional, dia sebenarnya bukan sahaja membayar upah masa bekerjanya tetapi juga perlu membayar kos sewa peralatan.

4. kos material
kos material adalah kos yang terdiri dari kos pengangkutan, kos percetakan album, bil telefon, promosi, pengurusan dan sebagainya. Selain dari bayaran kos perkhidmatan, kos-kos material juga perlu diambil kira.

5. perkhidmatan selepas rakaman
Selesai sahaja kerja-kerja penggambaran dilokasi, jurugambar akan pulang untuk menyunting gambar-gambar tersebut. Dia perlu memilih gambar-gambar terbaik sahaja untuk memperbaiki kecerahan gambar, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebaginya. Setelah selesai, jurugambar perlu mencetak untuk memastikan kualitinya adalah baik. Selepas itu, jurugambar akan memilih semula gambar yang benar-benar berkualti. Gambar yang kurang baik akan dicetak semula sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Setelah kita mengetahui beberapa perkara diatas, kita tidak perlu mempertikaikan tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar. Kita perlu memahami dan menghargai peranan seseorang jurugambar. Yang pasti, seseorang jurugambar telah merakamkan detik-detik penting kita yang akan kita tatapi seumur hidup.

1 comment:

  1. salam perkenalan dari saya....

    alidahlan proimage dari membakut....
    harap dapat beri tunjuk ajar...

    ReplyDelete