Thursday, January 15, 2009

idea

Terima kasih kepada pengunjung laman blog ini. Sejak blog ini dilancarkan, tidak kurang dari 60 orang pengunjung melawati laman ini setiap hari. Tetapi tidak ramai yang memberi respon terus melalui ruangan komen didalam blog ini. Kebanyakkannya, mengirim komen melalui email.Haraf maaf sekiranya email-email belum terjawab. Terlalu bz dgn editing foto n video. Tetapi jangan risau, saya akan balas juga.

Hari ini saya akan lancarkan satu program khas untuk menjejaki, sesiapa sahaja yang berminat untuk menghantar gambar kreatif tentang blog ini. maksudnya, pelawat bolehlah mengambil gambar skrin komputer yang terpapar blog saya menggunakan apa jua jenis kamera.Camera handphone pun boleh... Buatlah teknik mengambil gambar anda yang paling kreatif sekali. Gambar yang anda kirim bolehlah disertakan komen-komen sekali. Gambar-gambar anda akan dipaparkan di blog ini. Selamat beraksi....

Wednesday, January 7, 2009

Photobook Story Album Russinah & Sophian


Buku setebal 18 muka surat dengan layout yang tersendiri akan sedia diterima oleh pengantin sekitar rabu depan. Harap maaf atas kelewatan penghantaran disebabkan perkara-perkara berikut :

1. Proses penyuntingan yang lama disebabkan faktor penyusunan gambar secara manual untuk mendapatkan sentuhan kami yang tersendiri dan terbaik.

2. Pemilihan gambar yang terdiri lebih 1000 keping. Cuma sekitar 150 gambar terbaik sahaja kami pilih untuk diedit. Kemudiannya gambar ini akan dimasukkan untuk tujuan percetakkan.

3. Kedai printing yang penuh dengan tempahan. Ini pun kira paksa tauke printing untuk mendahulukan photobook ni. Hujung tahun yang lalu, terlalu banyak yang buat buku disebabkan banyak orang naik kahwin sehinggakan buku ni adalah waiting list yang entah keberapa ratus.

Jadi, atas beberapa faktor kebaikan ini, harap-harap lah pelanggan dapat bersabar.

Monday, January 5, 2009

Kamera mahal!

Kamera mahal dan kamera murah sudah menjadi isu dikalangan jurugambar. Lebih malang lagi, apabila ada kawan-kawan cuba menunjuk-nunjuk akan kebolehan kamera terbaru ditambah lagi dengan harganya yang kaw-kaw yang masih panas-panas baru di belinya. Secara tidak langsung, ia akan mendorong kita untuk sama memiliki kamera yang terbaru. Bagi yang imannya kureng, maka tercairlah kewangan yang sepatutnya digunakan untuk tujuan yang lain.

Perkara ini banyak berlaku terutama sekali kepada orang baru dalam fotografi disebabkan tiada keyakinan pada diri sendiri, kekurangan pengetahuan fotografi dan kurang pengalaman. Oleh itu, demi untuk menutup kelemahan pada diri, maka, diambilah jalan mudah dengan membeli kamera kaw-kaw, dengan harapan, gambar yang dirakam akan jadi hebat secara automatik. Malangnya, pendapat ini sangat-sangat tidak tepat.

Apa yang menyebabkan gambar yang anda rakam itu cantik adalah kemahiran yang ada pada diri anda, bukannya disebabkan oleh kamera kaw. Bagi saya dan juga kepada orang baru dalam bidang ini, perkara yang penting yang perlu ada ialah, kita harus banyak belajar, banyak bertanya, banyak mengkaji dan sebagainya untuk keyakinkan diri. Bagi yang baru memasuki bidang fotografi dan ingin jadi jurugambar,adalah menjadi kemestian (wajib) , minat utama anda ialah untuk hasilkan gambar yang baik, bukanmengumpul berbagai jenis peralatan kamera dan membeli setiap kamera keluaran terbaru. Maksudnya, jika ingin jadi jurugambar yang baik, anda harus fokuskan masa dan wang anda lebih kepada pembelajaran dan
penguasaan kemahiran fotografi. Kamera hanyalah sekadar alat.

Kita harus sedar bahawa, kamera mahal juga akan jatuh harganya di makan usia. Tetapi ilmu, kemahiran dan pengalaman yang kita miliki tidak akan jatuh nilainya. Bahkan nilainya akan meningkat apabila kemahiran dan kepakaran kita bertambah.

sebenarnya tidak menjadi kesalahan untuk memiliki kamera cangih manggih, tetapi kita mesti pastikan yang kemahiran kita lebih hebat dari kamera yang manggih tu.

Apa yang penting, kita jangan menjadi penggumpul peralatan kamera, tetapi menjadi pengumpul kemahiran
dan kepakaran didalam bidang FOTOGRAFI.

Saturday, January 3, 2009

BENGKEL PHOTOCAHAYA 2009


Bengkel Photocahaya ini adalah anjuran Shotlens Multimedia Production dengan kerjasama Renjis Cameraworks.
Penggiat-penggiat fotografi dijemput mengikuti bengkel selama 2 hari ini yang akan berlangsung pada bulan Mac 2009. Hanya 10 orang peserta pertama sahaja kami terima. Pelbagai teknik penggunaan flash akan DIBONGKARKAN melalui bengkel ini.

Maklumat Photo Cahaya 2009

Penceramah : 1
Jhonny G. Kimlon (Lebih 10 Tahun dalam bidang fotografi. Mempunyai pengalaman didalam menggambil gambar majlis-majlis rasmi kerajaan. Hasil-hasil beliau banyak diterbitkan didalam surat-surat khabar)

Penceramah : 2
Saya sendiri. Pegang kamera foto dan video sudah melebihi 10 tahun. Hasil-hasil fotografi diterbitkan untuk bahan-bahan media cetak dan surat khabar. Lain-lain maklumat, bolehlah melihat hasil-hasil kerja saya di laman blog ini atau datang sendiri ke Galleri Renjis Cameraworks.

Tarikh :
Akan ditentukan kemudian, tetapi bengkel akan dilaksanakan pada Mac.

Bayaran :
RM600 sahaja. (termasuk sijil, tempat latihan, peralatan menulis, buku panduan, makan minum semasa berbengkel dan T-Shirt).
Bayaran Tempahan :
RM200 sebagai pengesahan. Penarikan diri dari tempahan mengikuti kursus tidak akan dikembalikan, namun demikan, penukaran peserta digalakkan. Baki pembayaran mestilah dilakukan apabila pendaftaran hari berbengkel dibuka.

Jumlah peserta :
10 orang sahaja. siapa cepat di dapat.

Maklumat bengkel :
Segala maklumat lanjut akan dikirim kepada peserta melalui email setelah bayaran pendahuluan tempahan di buat.

Untuk maklumat lanjut sila berhubung menerusi email : rcameraworks@yahoo.com.my / shotlens@yahoo.com atau terus menghubungi 0195360666

Selamat menyertai.

2009

Tidak terlambat rasanya saya untuk mengucapkan selamat Tahun Baru 2009 kepada semua yang melayari laman blog saya ini. Dari mula blog ini muncul, tidak kurang 30 orang pelawat mengunjungi laman blog ini setiap hari. Terdapat juga pelawat blog ini merupakan pengunjung pertama kali, namun tidak kurang juga pelawat yang sama mengunjungi kembali laman blog ini untuk mengikuti perkembangan dari masa ke semasa. Terima kasih kepada sokongan dan perhatian sdr &sdri, harap-harap dapatlah kiranya me'link-linkan blog saya ini kelaman blog anda semua.hehe...publisiti free...
Pada tahun ini, Pelbagai perancangan telah diatur untuk mengembangkan karier saya ini. Terutama sekali dengan penubuhan Renjis Cameraworks. walaupun demikian, Shotlens Multimedia Production yang saya tubuhkan pada awal tahun 2002 masih beroperasi seperti biasa. Penggambaran-penggambaran selain perkahwinan, penggambaran untuk majlis-majlis rasmi badan-badan kerajaan seperti UMS, kraftangan Malaysia dan swasta berjalan seperti biasa.Bagi yang mempunyai masa yang terluang, sample-sample video, ada di pamerkan untuk tontonan pengunjung di galleri Renjis Cameraworks. harap maklum...