Wednesday, February 18, 2009

Rehat




Hujung minggu yang lalu, saya berpeluang merehat-rehatkan minda di satu tempat rekreasi yang menarik di pinggir bandaraya kota kinabalu. Bawa isteri and baby Fariz sekali. banyak aktiviti boleh dibuat disini. Boleh mandi-manda, berjoging, makan-makan dekat tasik dan banyak lagi la. Tapi kami, jalan-jalan ja sambil bergambar-gambar. kalau u all ada masa lapang, boleh la datang ke sini. Taman Tun Fuad. dekat jak dengan kawasan saya tinggal.

Thursday, February 5, 2009

Video Perkahwinan & corporate

Terdapat beberapa buah video majlis perkahwinan yang telah disunting akan dimasukkan. Nantikan. Pada masa ini, saya masih bz menyiapkan satu video corporate tentang Renjis Cameraworks. Video ini mengambil beberapa clip dari video-video perkahwinan lain yang akan disatukan menjadi 5 minit paparan.
Mungkin ramai juga yang masih tidak tahu tentang kepentingan video-video korporat didalam memudahkan kerja dan meningkatkan sistem pemasaran yang lebih baik. Sekiranya kita ingin memaparkan video contoh kepada pelanggan, kita tidak perlu mengeluarkan semua video-video yang pernah kita buat untuk ditayangkan. memadailah video profail yang hanya mengambil masa lima minit paparan. Yang penting, apa yang ingin kita sampaikan mestilah jelas, tersusun, kreatif dan tidak membosankan. Penyampaian didalam 5 minit lebih baik sekiranya kita tahu menggunakan dengan sebaik-baiknya. Bagi saya, video yang terlalu panjang kurang memberi kesan yang mendalam sekiranya video terlalu statik dan merimaskan.

Wednesday, January 28, 2009

Kenapa jurugambar perlu dibayar?

Ramai orang mempertikaikan kenapa jurugambar-jurugambar tertentu mengenakan bayaran lebih. Tetapi tidak ramai yang tahu kenapa dia perlu bayar lebih. Disini, saya ada sedikit maklumat tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar.

1. Kemahiran jurugambar
Seseorang jurugambar perlulah ada daya kreativiti yang tinggi, berkomunikasi yang baik, teknik penggambaran yang sempurna dan berkualiti. Ini bermakna, kemahiran ini mestilah dilalui dengan banyaknya pengalaman, pengetahuan dan latihan. Demi untuk itu, tidak hairanlah kalau ada jurugambar sanggup berhabis wang ringgit untuk meningkatkan diri mereka dengan kemahiran. Kesimpulannya, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar, maka semakin tinggi nilai bayarnnya.

2. Masa perkhidmatan diluangkan
Seorang jurugambar professional adalah orang yang mendapat bayaran dari perkhidmatannya. Bermakna, apabila kita memerlukan perkhidmatannya, kita telah menggunakkan masanya. Baginya, setiap masa amat bermakna dan dia perlu korbankan masanya hanya untuk menjana pendapatannya.

3. kos peralatan
Gambar yang baik dan berkualiti juga dipengaruhi sedikit sebanyak dari peralatan kamera. Kamera yang sangat-sangat berkualti tinggi bernilai ribuaan ringgit.Selain itu, kos penyelenggaran juga perlu diambil kira. Oleh itu, apabila seseorang memerlukan perkhidmatan dari seseorang jurugambar professional, dia sebenarnya bukan sahaja membayar upah masa bekerjanya tetapi juga perlu membayar kos sewa peralatan.

4. kos material
kos material adalah kos yang terdiri dari kos pengangkutan, kos percetakan album, bil telefon, promosi, pengurusan dan sebagainya. Selain dari bayaran kos perkhidmatan, kos-kos material juga perlu diambil kira.

5. perkhidmatan selepas rakaman
Selesai sahaja kerja-kerja penggambaran dilokasi, jurugambar akan pulang untuk menyunting gambar-gambar tersebut. Dia perlu memilih gambar-gambar terbaik sahaja untuk memperbaiki kecerahan gambar, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebaginya. Setelah selesai, jurugambar perlu mencetak untuk memastikan kualitinya adalah baik. Selepas itu, jurugambar akan memilih semula gambar yang benar-benar berkualti. Gambar yang kurang baik akan dicetak semula sebelum diserahkan kepada pelanggan.

Setelah kita mengetahui beberapa perkara diatas, kita tidak perlu mempertikaikan tentang kenapa kita perlu bayar jurugambar. Kita perlu memahami dan menghargai peranan seseorang jurugambar. Yang pasti, seseorang jurugambar telah merakamkan detik-detik penting kita yang akan kita tatapi seumur hidup.

Thursday, January 22, 2009

kongsi idea






Minggu lalu, rakan saya datang ke rumah. Tujuan beliau adalah untuk kongsi pengetahuan dan idea tentang penggunaan camera.Kebetulan pada masa yang sama, rakan saya saudara Jhony berada bersama-sama. Rakan saya ni, beli camera D50 canon. Memang cun. memandangkan saya kureng pengetahuan tentang penggunaan canon punya teknologi, jadi saudara joney la jadi penunjuk cara. banyak idea kita orang kongsi. kalau ada sepa-sepa yang ada camera canon, bleh la cari mr. joney ni. teda bayar punya...kasi minum2 saja...

Wednesday, January 21, 2009

kreatif


Sorry lamabt update blog ini. Byk sangat assigment yg perlu disetelkan. Btw saya masih juga disini, tidak kemana-mana. Masih juga setiap hari menerima email dari anda semua.
Minggu lalu saya ada melancarkan satu aktiviti yang mana, pelawat blog ini boleh mengirimkan sebarang pic tentang blog saya dengan cara yang kreatif sekali. Walaubagaimanapun, masih ramai yang kurang faham perkara yang saya maksudkan. Ramai mengirim sesuatu yang bukan yang saya ingini.
Sebenarnya, ia terlalu mudah. Hanya guna daya kreativiti anda saja.
Dibawah ini saya sertakan contoh pic yg saya maksudkan. Anda boleh meletak apa saja objek didalam pic itu, tetapi mestilah ada skrin blog saya.
Sekian, selamat berkreatif.

Thursday, January 15, 2009

PHOTOCAHAYA 2009


Sehingga ke hari ini sejak pelancaran photocahaya, beberapa orang telah mendaftarkan diri. Namun demikian masih ramai yang belum mendaftar tetapi berminat untuk mengikuti bengkel ini. Kebanyakkannya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang bengkel ini. Sebelum ini, saya tidak menerangkan secara terperinci tentang apa itu photocahaya.
Bagi yang belum terbalas email tentang maklumat photocahaya, saya lampirkan di sini beberapa maklumat penting tentang bengkel ini
Bengkel ini diadakan pada bulan Mac. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Seawal bulan Febuari. Bengkel diadakan pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

APA ITU PHOTOCAHAYA

Photocahaya merupakan bengkel tentang penggunaan secara asas portable flash iaitu penerangan tentang Penggunaan menu-menu pada kawalan flash, memahami cahaya seperti pantulan cahaya, serakan cahaya dan sebagainya.

Pelbagai teknik pengadunan cahaya juga akan diterangkan melalui bengkel ini.Penyelesaian sekiranya flash utama tidak berfungsi juga akan diterangkan dengan penggunaan sumber cahaya dari flash kamera dan sumber cahaya semulajadi.

Selain itu, pelbagai penggunaan peralatan bantuan flash seperti bounce card, diffuser, umbrella, power pack, CLS remote commander , reflector, portable continuous light dan sebagainya juga akan diterangkan didalam bengkel ini.

Kenapa anda perlu mengikuti bengkel ini?

Kami akan memastikan nilai wang anda berbaloi dengan bengkel yang kami adakan. Penggunaan 70 peratus masa bengkel adalah praktikal manakala 30 peratus adalah teori.

Julmah peserta yang tidak ramai akan memastikan bahawa segala maklumat akan disampaikan dengan mudah, sesi soal jawab yang aktif serta perbincangan yang lebih erat. Oleh itu, maklumat-maklumat selain penggunaan flash juga akan dibincangkan bersama sebagai tambahan.

Model juga disediakan untuk tujuan praktikal yang lebih berkesan.

Bahan-bahan rujukan seperti nota yang sesuai juga disediakan. Nota-nota ini lebih padat dan lebih mudah difahami. Kami hanya menyediakan nota-nota yang akan memastikan anda mendapat maklumat yang terbaik sahaja.

Contoh-contoh gambar dengan penggunaan teknik-teknik pecahayaan melalui portable flash akan diterangkan dan dibincangkan.

Bumi Palestin


Walaupun sibuk dengan kerja sendiri, saya tetap mengikuti perkembangan antarabangsa. Marilah kita sama-sama membantu meringankan kesengsaran rakyat palestin yang di perangi Yahudi laknatullah. Bantuan kita bukan sahaja wang ringgi atau sebagainya, tetapi doa juga memadai bagi yang kurang berkemampuan. Bagi yang mempunyai masa yang terluang, disini saya lampirkan satu pautan tentang palestin dan siapa yahudi ni sebenarnnya. Saya sangat berterima kasih kepada rakan blog kita ini yang menyediakan maklumat-maklumat ini. Beliau memang mengikuti perkembangan dari masa kesemasa tentang keganasan yahudi di bumi Palestin.
http://jejakanakpalestin.blogspot.com/